BERITA SEMASA

Ustaz Zainul Asri mengakui ‘tersilap’ – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Muhd Zainul Asri Mohd Romli mendakwa beliau tersilap mengucapkan frasa ‘musuh Allah’ ketika menghadiri satu himpunan, Sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa Ustaz Zainul Asri telah dipanggil dan dalam pertemuan awal beliau dengan polis, beliau mengakui kesilapan mengungkapkan kalimah itu.

“Dia kata dia teruja kerana ramainya orang yang hadir pada malam itu. Jadi, dia pun kata telah melakukan kesilapan dengan mengungkap bahawa pertahan Kedah daripada ‘musuh Allah’.

“Di Malaysia ini siapa musuh Allah? Kita nak pilih kerajan negeri je. Itulah, sebab itu saya menggesa polis teruskan siasatan sebab kertas siasatan telah dibuka kerana telah ada aduan,” kata Saifuddin.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengenai pekerja asing kali ke lapan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Ustaz Zainul Asri didakwa mengucapkan frasa tersebut pada Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman pada Sabtu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button