BERITA SEMASA

Usia Tun M genap 99 tahun hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-99 hari ini.

Walaupun usianya sudah hampir menjangkau satu abad, beliau masih sibuk memenuhi undangan dengan bertemu m pelbagai pihak di serata dunia.

Dr. Mahathir yang turut dikenali sebagai Tun M, dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925.

Dr. Mahathir merupakan anak bongsu kepada sembilan beradik kepada pasangan suami isteri, Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi.

Lebih menarik, Isteri beliau, Dr. Siti Hasmah akan menyambut hari lahir yang ke-98 pada Jumaat ini iaitu dua hari selepas sambutan istimewa negarawan itu.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 dan mempunyai tujuh cahaya mata.

Tujuh anaknya diberi nama yang bermula dari huruf ‘M’ iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Walaupun meraikan hari lahir ke-99 hari ini, tiada sebarang perkongsian maklumat mengenai tarikh bersejarah itu dalam mana-mana media sosial milik beliau.

Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen yang meninggalkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada negarawan itu di ruangan komen di hantaran beliau.

Hari ini, Dr. Mahathir berkongsi mengenai lawatan bekas beliau ke United Kingdom dan dijadualkan menghadiri dua acara berasingan di United Kingdom (UK).

Ketika berada di London, Dr. Mahathir dijemput mengadakan pertemuan bersama kumpulan pemimpin komuniti Muslim dan para pengusaha perniagaan milik Muslim di UK.

Sebagai rekod, Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri paling tua di dunia ketika beliau dipilih semula buat kali kedua pada Mei 2018 sebagai Perdana Menteri ketujuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button