BERITA SEMASADALAM NEGERI

Usaha perangi rasuah masih panjang – PM

IPOH- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengingatkan kerajaan tidak akan menyerah kalah dalam usaha memperbaiki tatakelola dan memerangi amalan rasuah yang bersistematik dan menjalar ke segenap peringkat.

Beliau berkata, walaupun usaha itu masih panjang beliau tidak akan berhenti mengulangi peringatan itu meskipun ada pihak terutama pembangkang yang menjadi cacing kepanasan dan sakit hati setiap kali mendengar perkataan tatakelola.

“Kerana itu Kerajaan MADANI bermula dengan memperbaiki tatakelola, bahawa pelantikan sebagai menteri atau perdana menteri itu bukan kesempatan memunggah kekayaan untuk diri dan keluarga.

“Saya mengingatkan saudara-saudara bahawa asas kita adalah perjuangan untuk bangkit dari derita demi cita-cita dan idealisme memperbetul kesilapan dan menentukan bahawa kuasa adalah amanah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen KEADILAN Negeri Perak hari ini.

Anwar Ibrahim bersama pemimpin utama KEADILAN semasa menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Negeri Perak di Ipoh, Perak, Foto : FB Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Negeri Perak di Ipoh, Perak, hari ini. Foto : FB Anwar Ibrahim

Beliau mengungkapkan penghargaan terhadap rakan-rakan dalam gabungan parti Kerajaan MADANI terutamanya Pakatan Harapan (PH) yang setia melalui liku-liku dan pahit getir dalam perjuangan.

Justeru, Presiden KEADILAN itu mengingatkan bahawa asas perjuangan parti itu adalah untuk bangkit dari derita demi cita-cita idealisme memperbetulkan kesilapan dan menentukan bahawa kuasa adalah amanah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur.

“Ramai daripada rakan-rakan kita yang menang tatkala berhempas pulas berjuang melawan keperitan terhumban di penjara atau di jalanan, namun gagal tatkala di tampuk kekuasaan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button