Berita SemasaPM X

Usaha cari penyelesaian terbaik bukan tanda kelemahan – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Usaha mencari penyelesaian terbaik kepada sesuatu isu bukan tanda kelemahan tetapi melambangkan nilai MADANI yang meletakkan keamanan, ketinggian adab dan akhlak sebagai keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian sedemikian merupakan pendekatan terbaik bagi menjaga keharmonian dengan rundingan dilakukan secara baik.

“Itu (penyelesaian dicapai dalam isu tapak Masjid MADANI) bagi saya ‘falah’ (kejayaan), bila kita dapat muncul sebagai contoh yang baik.

“Orang Islam peribadinya baik, ihsan, penyayang dan adil, bukan contoh bengis dan benci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI, di sini hari ini.

Kata Anwar, penyelesaian dicapai dalam isu kontroversi berikutan tanah milik swasta yang menjadi tapak masjid turut menempatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam.

“Sebab itu kita memilih menjaga harmoni, berunding dengan baik,” katanya lagi.

Pembinaan masjid yang dijangka mengambil masa dua tahun itu, dibina di tapak seluas 1,128 meter persegi dan mampu menampung sehingga kira-kira 2,900 jemaah pada satu-satu masa.

Berkonsepkan intipati Malaysia, Masjid MADANI setinggi empat tingkat itu dilengkapi ruang solat, dewan acara, pejabat dan kemudahan asas lain.

Pembinaan masjid berkenaan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan dari tarikh pembinaan dan akan menjadi satu lagi mercu tanda pembangunan syiar Islam di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button