
Universiti awam jangan terlalu berharap 100 peratus bantuan kerajaan – Zambry
SEREMBAN – Universiti awam di negara ini perlu berusaha untuk mendapatkan pembiayaan sendiri dan bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin meningkat dan perbelanjaan yang semakin bertambah pada setiap tahun.
“Pada hari ini memandangkan bilangan universiti yang sudah bertambah dan juga dari segi pembelanjaan pengurusan yang semakin bertambah setiap tahun maka universiti tidak boleh lagi mengharapkan 100 peratus sumber itu daripada pihak kerajaan.
“Dan di peringkat universiti juga telah pun mempunyai model-model kewangan mereka yang boleh mereka bangunkan dan kita memberikan ruang kepada lembaga universiti sendiri untuk memikirkan bagaimana langkah yang terbaik untuk mereka mencari sumber-sumber kewangan mereka antaranya yang kita syorkan ialah melalui holding universiti sebab setiap universiti mempunyai holding dan di situ boleh mereka fikirkan bagaimana cara dapat menambahkan sumber pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Karisma Pemikir Madani Siri 5, di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Baru Enstek di sini hari ini.
Sementara itu, Zambry berkata, program Karisma Pemikir Madani adalah bertujuan membangunkan bakat dan juga kepimpinan di semua peringkat university termasuk pentadbir dan juga pensyarah.
“Kami memberi tumpuan dalam konteks pensyarah muda dan di sinilah mereka berinteraksi termasuk dengan Menteri dan juga dengan pakar-pakar supaya dapat menunjukkan dari segi kompetensi, sekali gus dapat membangunkan satu budaya baharu dalam universiti,” katanya.

Selain itu, ujar beliau, program itu juga adalah sebagai platform perbincangan di peringkat lembaga-lembaga universiti, pengerusi universiti yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk korporat.
“Kita ada Tan Sri Wahid Omar, Tan Sri Azman Mokhtar. Ini adalah tokoh besar yang ada dalam dunia korporat yang boleh membantu universiti,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |