BERITA SEMASASUKAN

Hasrat United julang Piala Cabaran di Malaysia berakhir duka

KUALA LUMPUR – Hasrat gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk menjulang Piala Cabaran di bumi Malaysia berkahir dengan kekecewaan apabila tewas 1-0 di tangan Skuad ASEAN All-Stars di sini, malam ini.

Beraksi di hadapan kira-kira lebih 70,000 penonton, aksi pemain The Red Devils dilihat hambar sepanjang 90 minit perlawanan, sekali gus menyebabkan pengendalinya, Ruben Amorim tidak senang duduk.

Perlawanan di separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan memasuki pada babak kedua, United memasukkan beberapa pemain utama seperti Alejandro Garnacho, Amad Diallo dan kapten, Bruno Fernandes.

Walau bagaimanapun, Skuad ASEAN All-Stars mengejutkan pasukan pelawat apabila bintang Myanmar, Mg Mg Lwin menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil serangan balas pantas pada minit ke-71

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus mengecewakan lebih 70,000 penyokong setia The Red Devils.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button