BERITA SEMASA

Uncle Taiko sambut Tahun Baharu Cina dengan nasi kandar

GEORGETOWN – Seorang lelaki warga emas menarik perhatian apabila hanya memakai t-shirt biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan masyarakat Tionghua hari ini.

Melalui satu hantaran di Facebook, pemilik akaun Nasi Kandar Sulaiman memuat naik sekeping gambar lelaki yang dikenali sebagai Uncle Taiko ketika datang ke restoran tersebut.

“Uncle Taiko kita hari raya pun pakai baju Penang saja, makan pun simple saja.

“Hari raya bukanlah sama untuk semua orang. Ramai lagi tidak mempunyai keluarga untuk sambut jadi sunyi tinggal seorang di rumah.

Uncle Taiko sambut Tahun Baharu Cina dengan menikmati hidangan nasi kandar.

“Hari raya pun tidak beri kesan apa-apa. Tetapi beliau masih senyum dan melawak dengan kami semua. Malah datang bagi buah oren kepada kami semua,” menurut status tersebut.

Apa yang pasti, dalam apa jua sambutan perayaan kaum di negara ini, ia mempunyai pelbagai makna buat setiap individu.

Bagi sesetengah orang, hari raya penuh dengan keceriaan dan masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga.

Namun, bagi yang lain pula, musim perayaan tetap sama seperti hari biasa tanpa sebarang keistimewaan.

Itulah yang dialami Uncle Taiko dan mungkin ramai lagi di luar sana.

Seperti komen seorang pengguna media sosial, Ruzaif Daud: “Setiap orang ada skrip kehidupan masing-masing. Kita perlu melihat ke bawah di mana kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Uncle ini nikmat makan masih ada. Ada yang telah ditarik nikmat makan itu.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button