BERITA SEMASADALAM NEGERIHIBURANLUAR NEGARA

Kerana sebiji epal, Umie Aida didenda RM1,882

AUCKLAND – Pelakon tanah air, Umie Aida dikenakan denda sebanyak NZD400 (kira-kira RM1,882) oleh pihak berkuasa Biosekuriti New Zealand selepas didapati membawa masuk sebiji epal tanpa membuat pengisytiharan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pada 1 Julai lalu.

Menurut Umie Aida, buah tersebut diambil di ruang rehat sebelum penerbangan untuk dimakan dalam pesawat, namun beliau tertidur dan terlupa akan kewujudan buah itu dalam beg tangannya.

“Saya memang tak bawa sebarang makanan ke New Zealand kerana ingin mudahkan urusan imigresen.

“Tapi semasa di lounge MAS, saya ambil sebiji epal untuk makan dalam kapal terbang. Disebabkan keletihan, saya tertidur dan terlupa pasal epal tu.

“Sampai di New Zealand, mereka imbas beg dan jumpa epal tu. Jadi, saya dikenakan denda NZD400,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Berdasarkan resit yang dikongsikan, denda tersebut dikenakan oleh Kementerian Industri Utama New Zealand (Ministry for Primary Industries) atas kesalahan melanggar peraturan biosekuriti negara itu.

New Zealand merupakan antara negara yang paling ketat dalam pelaksanaan undang-undang biosekuriti, bagi mengelakkan kemasukan perosak dan penyakit asing yang boleh menjejaskan sektor pertanian dan biodiversiti negara berkenaan.

Insiden itu menjadi peringatan kepada semua pelancong agar lebih berhati-hati dan memastikan tiada makanan atau bahan terlarang dibawa masuk tanpa pengisytiharan sewajarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button