BERITA SEMASA

UM buat laporan polis insiden KK Mart disimbah cat merah

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat Universiti Malaya (UM) susulan berikutan insiden sebuah premis KK Mart di dalam kampus universiti itu disimbah cat kelmarin.

Menurut UM, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

“UM juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut juga diminta tampil bagi membantu siasatan,” kata UM dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, satu laporan polis juga telah dibuat oleh Polis Bantuan kampus UM berhubung insiden yang disedari kira-kira pukul 12.50 tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata, pihaknya sedang menjalan siasatan berhubung kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tinjauan Malaysia Tribune pada malam semalam mendapati kawasan premis KK Mart yang disimbah cat itu telah dibersihkan.

KK Mart sebelum ini terpalit dalam kontroversi berkenaan penjualan sandwich ‘ham & cheese’ yang tertera logo halal, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya umat Islam di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button