
Ukraine dakwa Moscow cuba gagalkan usaha damai, ragui rundingan di Turkiye
KYIV — Ukraine tidak mengharapkan sebarang hasil positif daripada rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan berlangsung di Turki, melainkan Moscow mengemukakan syarat-syarat perdamaian terlebih dahulu.
Malah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy juga menuduh Kremlin sengaja melakukan segala usaha untuk menggagalkan pertemuan yang berpotensi itu.
Moscow sebelum ini telah memaklumkan akan menghantar pasukan perunding ke Istanbul bagi pusingan kedua rundingan pada Isnin ini.
Namun, setakat ini, Ukraine masih belum mengesahkan penyertaannya dalam perbincangan tersebut.
“Selama lebih seminggu, pihak Rusia masih gagal mengemukakan apa yang mereka gelar sebagai memorandum,” kata Zelenskyy menerusi platform media sosial X, semalam.
Memorandum berkenaan merujuk kepada dokumen yang dikatakan telah disediakan oleh Rusia sebagai syarat untuk perdamaian.
“Bagi memastikan sesuatu pertemuan itu membawa makna, agenda perbincangan mestilah jelas dan rundingan perlu dipersiapkan dengan rapi.
“Malangnya, Rusia sedang melakukan segala yang mungkin untuk memastikan pertemuan seterusnya tidak membuahkan hasil,” katanya.
Moscow sebelum ini berkata ia akan menyerahkan memorandum tersebut secara langsung dalam rundingan di Istanbul.
Bagaimanapun, Ukraine mengesyaki dokumen tersebut mengandungi tuntutan melampau yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Kyiv.
Situasi ini sekali lagi mencerminkan betapa sukarnya usaha diplomatik antara kedua-dua negara yang masih terlibat dalam konflik berpanjangan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |