BERITA SEMASA

UiTM kecam tindakan staf hina Agong, serah siasatan kepada polis

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) tampil mengecam keras tindakan seorang kakitangannya yang didakwa membuat hantaran berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi media sosial.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Shahrin Sahib berkata, pihak universiti tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang melanggar prinsip hormat-menghormati, lebih-lebih lagi membabitkan Institusi Diraja, agama, bangsa dan kepimpinan negara.

“Kami telah dimaklumkan bahawa individu terbabit kini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“UiTM komited untuk memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini agar ia dijalankan secara telus dan mengikut undang-undang. Mana-mana pelanggaran etika dan disiplin warga kampus tidak akan ditoleransi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook yang didakwa membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Shahrin turut mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial, mematuhi undang-undang negara serta menjaga keharmonian masyarakat dan imej institusi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button