Tun Ramli dilantik TYT Pulau Pinang
KUALA LUMPUR – Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Surat cara pelantikan itu dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini hari ini, lapor BERNAMA.
Pada istiadat sama, Ramli turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.
Ramli dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.
Pelantikan Ramli bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021.
Ramli,84, merupakan anak jati Perak dilahirkan di Pasir Salak pada 16 Mac, 1941.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-8 dari tahun 1982 hingga 1999, dan jua YDP Dewan Rakyat dari 2004 hingga 2008.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






