Berita SemasaDalam Negeri

Tun M kenang Tun Abdullah sebagai pemimpin berjiwa besar

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin berjiwa besar yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara.

Tun Mahathir berkata, beliau telah mengenali Allahyarham sebelum menjadi PM lagi.

“Saya dah kenal dia lama. Tempat pertama saya jumpa dia ialah di pasar raya Cold Storage pada tahun 1968,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Istiadat Pengebumian Negara di Masjid Negara hari ini.

Tun Mahathir turut mengimbau detik beliau memilih Tun Abdullah sebagai timbalan apabila membuat keputusan untuk bersara daripada jawatan No. 1 negara itu pada tahun 2003.

“Apabila saya memilih untuk bersara, saya telah pilih beliau sebagai timbalan dan dialah yang menggantikan saya.

“Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau memimpin pilihan raya umum pada tahun 2004 dengan kejayaan paling cemerlang dalam sejarah – iaitu kemenangan besar sebanyak 90 peratus kerusi ditandingi Barisan Nasional (BN),” ujar beliau.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut merupakan pencapaian besar buat negara.

Namun begitu, beliau turut mengakui bahawa kepimpinan Allahyarham selepas itu diuji dengan pelbagai cabaran sehingga menyebabkan prestasi BN merosot pada Pilihan Raya Umum 2008.

“Disebabkan masalah-masalah ini, prestasinya dalam pilihanraya 2008 tidak begitu baik.

“Apabila kejayaannya kurang dan ramai yang menuntutnya meletakkan jawatan, beliau tidak teragak-agak untuk meletak jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Inilah contoh yang ditunjuk oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi,” tegas Tun Mahathir.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button