BERITA SEMASA

Tujuh terselamat nahas helikopter di Subang

CYBERJAYA – Sebuah helikopter yang membawa tujuh penumpang termasuk juruterbang terlibat dalam satu nahas di kawasan apron hangar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAA) Subang, hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada pukul 11.52 pagi di apron UniKL MIAT itu, melibatkan helikopter AW189 bernombor pendaftaran 9M-BOF.

“Helikopter berkenaan sedang menjalani ujian penerbangan di bawah kendalian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan pada pukul 11.52 pagi dan sebelum Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera menangani insiden berkenaan.

“Ada tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter itu dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button