BERITA SEMASA

Tuduhan melampau, pemimpin UMNO ke London guna wang sendiri

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO yang menyertai rombongan ke London, United Kingdom (UK) bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menerima sebarang perbelanjaan daripada kerajaan.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Pengerusi UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin, pemimpin Umno yang menyertai rombongan tersebut menggunakan wang mereka sendiri dan tidak menerima kemudahan kerajaan.

“Saya dan juga pemimpin UMNO yang lain yang turut hadir tidak menggunakan sebarang kemudahan kementerian mahupun ditanggung oleh kerajaan.

“Tuduhan menggunakan duit rakyat dan sebagainya adalah melampau,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman media sosial miliknya hari ini.

Dalam pada itu katanya, kehadiran mereka di London juga untuk mengaktifkan semula Kelab UMMO UK.

“Kami hadir bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab UMNO UK atas perbelanjaan kami sendiri,” katanya.

Terdahulu tular video dan beberapa keping gambar rombong pemimpin UMNO ke London bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Lawatan kerja empat hari Ahmad Zahid itu bertujuan memperkukuh hubungan Malaysia-UK dengan tumpuan kepada TVET, pelancongan dan pelaburan.

Beliau dijadual melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 bagi pasaran UK hari ini.

Ahmad Zahid kemudian dijangka berlepas ke Geneva selepas itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button