BERITA SEMASAHIBURAN

Tuduhan khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku salah, Bella ucap alhamdulillah

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah, 31, hanya mengucapkan syukur selepas mengetahui perkembangan kes khalwat bekas suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies yang menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada majlis agihan bubur lambut anjuran penerbit, Datuk A. Aida di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam.

“Saya pun dapat tahu daripada kawan. Bagi saya, apa sahaja keputusan mereka, sama ada mengaku bersalah atau tidak, bukan tanggungjawab saya lagi.

Bella hanya mahu fokus pada anak-anak dan menyerahkan segalanya pada Allah.

“Selebihnya saya serahkan pada Allah SWT. Macam saya kata, mereka sudah ada kehidupan masing-masing. Saya juga mahu fokus pada anak-anak. Itu jauh lebih penting,” katanya.

Apabila ditanya wartawan mengenai kebenaran akhirnya terbukti dengan pengakuan bersalah tersebut, Bella hanya tersenyum.

“Alhamdulillah. Saya tak nak ulas lebih lanjut, nanti kalau saya cakap lebih-lebih, takut ada yang tersalah cakap. Apa pun saya percaya apabila kita berbuat baik, Insya-Allah, yang datang juga baik-baik,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Ruhainies menukar pengakuan dan mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 21 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan perkara itu dan kedua-dua selebriti itu sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000.

“Pada tarikh sebutan lepas iaitu pada 17 Oktober tahun lalu, ditetapkan tarikh 20 dan 27 Februari lalu untuk sambung bicara selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.

“Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari lalu memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon kepada pihak mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari.

“Selepas pertuduhan dibacakan semula dan kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah.

“Atas pengakuan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkan kesalahan ke atas kedua-keduanya dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda,” menurut kenyataan tersebut.

Pada prosiding 3 Julai tahun lalu, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, mengaku tidak bersalah selepas dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559] atas kesalahan berkhalwat.

Aliff yang ketika itu bersatus suami kepada Bella dicekup berkhalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada 9 Mac tahun lalu.

Tiga bulan selepas itu, Aliff dan Bella disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button