BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump umum rancangan kenakan tarif 100 peratus ke atas filem asing

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendedahkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara.

Menurut Trump, langkah itu diambil bagi melindungi industri perfileman tempatan yang didakwa sedang berdepan kemerosotan.

“Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social semalam.

Selain itu, Trump turut menganggap insentif yang ditawarkan oleh negara luar kepada pembuat filem Amerika Syarikat sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, dengan mendakwa ia membawa unsur mesej dan propaganda.

“Hollywood dan banyak sektor lain di AS sedang terjejas teruk. Ini adalah usaha bersepadu oleh negara-negara asing,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button