
Trump tangguh tarif 90 hari, saham AS melonjak
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penangguhan selama 90 hari terhadap tarif baharu ke atas import dari kebanyakan rakan dagang negara itu bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan semalam.
Trump berkata, langkah itu diambil bagi meredakan ketegangan global dan memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk mencapai kata sepakat dalam tempoh tiga bulan akan datang.
“Semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya memetik laporan Awani online.
Terdahulu, AS mengenakan tarif balas lebih ketat terhadap barangan dari hampir 90 negara, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam pasaran antarabangsa.
Namun dalam masa sama, Trump tetap menambah cukai ke atas barangan dari China, memperlihatkan konfrontasi antara dua kuasa ekonomi dunia itu masih belum reda.
Susulan pengumuman penangguhan tarif, pasaran saham Wall Street melonjak dengan indeks S&P 500 mencatat kenaikan 6.0 peratus kepada 5,281.44 – satu lonjakan besar selepas seminggu mencatatkan kerugian berturut-turut.
Pasaran Eropah dan Asia sebelum itu mengalami kejatuhan akibat kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan yang semakin memuncak, selain kejatuhan harga minyak dan nilai dolar.
Hasil bon AS turut meningkat berikutan penjualan besar-besaran, yang disifatkan sebagai petanda pelabur mula beralih daripada aset selamat susulan ketidaktentuan pasaran global.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |