
Trump ugut tarik subsidi Tesla, SpaceX
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran menamatkan bentuk subsidi kerajaan yang diterima syarikat milik Elon Musk, termasuk Tesla dan SpaceX.
Trump menyuarakan ancaman itu selepas Senat meluluskan rang undang-undang baharu yang merangkumi pemotongan cukai dan langkah pengurangan perbelanjaan kerajaan persekutuan.
“Rang undang-undang itu menghapuskan insentif bernilai AS$7,500 bagi pembelian kenderaan elektrik (EV) satu manfaat yang sebelum ini banyak memberi kelebihan kepada Tesla.
“Dulu dia mendapat segala sokongan kerajaan, sekarang masa untuk potong semua itu. Amerika tidak lagi akan biayainya.
“Tiada lagi pelancaran roket, satelit mahupun pengeluaran kereta elektrik. Negara ini akan jimat berbilion,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketegangan antara Trump dan Elon Musk memuncak selepas pengasas Tesla mengkritik secara terbuka rang undang-undang berkenaan.
Sebagai reaksi, Musk memberi amaran akan menubuhkan parti politik baharu bantahan terhadap pemimpin yang menyokong pemansuhan insentif EV.
Dalam kenyataan susulan, Trump menyindir agensi yang pernah dikaitkan dengan Musk, iaitu Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE).
“Sudah tiba masa DOGE kembali dan makan Elon,” katanya.
Musk membalas sindiran tersebut dengan kenyataan ringkas.
“Saya secara literal arahkan supaya semuanya dipotong. Sekarang,” ujarnya.
Sementara itu, saham Tesla merosot 5.5 peratus semalam susulan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan politik yang menjejaskan prospek insentif kerajaan dan prestasi keseluruhan syarikat tersebut.
Penurunan itu turut didorong oleh ketidaktentuan terhadap kelulusan program roboteksi Tesla, yang dirancang tanpa stereng dan pedal, sekali gus menambah tekanan kepada unjuran pasaran syarikat berkenaan.
Menurut firma analisis kewangan, JP Morgan, pemansuhan kredit cukai EV dijangka menyebabkan Tesla kehilangan sehingga AS$1.2 bilion, bersamaan kira-kira 17 peratus daripada pendapatan operasi tahun 2024.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |