Truck Fighter 1.0 gegar Shah Alam, himpun lebih 5,000 peminat 4×4 seluruh negara
DEBUT yang penuh tenaga. Itulah suasana luar biasa yang menyelubungi pekarangan parkir Stadium Shah Alam apabila lebih 5,000 peminat tegar dunia automotif membanjiri acara sulung Truck Fighter 1.0 Meet & Show semalam.
Ia merupakan sebuah perhimpunan mega yang mengangkat komuniti 4×4 ke satu tahap baharu.

Dianjurkan oleh Zaki GM Garage Sdn. Bhd., program itu berjaya menghimpunkan pemilik dan pencinta kenderaan pacuan empat roda dari seluruh pelusuk negara, termasuk generasi muda yang semakin aktif dalam hobi pemotoran.
Bukan sekadar pameran kenderaan, acara itu juga menjadi medan penyatuan antara minat, inovasi dan gaya hidup keluarga dalam dunia 4×4.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zaki GM Garage, Azmar Zaki Ayub, acara tersebut direka bukan sahaja sebagai platform untuk komuniti automotif, tetapi juga sebagai ruang keluarga yang penuh dengan nilai interaksi, kolaborasi dan keseronokan bersama.
“Truck Fighter bukan hanya tentang enjin besar dan tayar gergasi tetapi ia tentang komuniti yang berkongsi semangat, idea dan impian.

“Tambahan pula, kehadiran wakil industri automotif dari dalam dan luar negara, termasuk Thailand, membuka pintu kepada peluang jaringan strategik dan pertukaran ilmu yang sangat bernilai,” jelasnya.
Antara tarikan utama program itu termasuklah pameran modifikasi kenderaan 4×4, pertandingan Show Off Time! yang meriah dengan kategori unik seperti Best Colour, Best Big Brake Kits dan Best Monster serta aktiviti keluarga seperti pertandingan mewarna kanak-kanak.

Dengan sambutan hangat dan penglibatan pelbagai pihak industri, Truck Fighter 1.0 Meet & Show jelas membuktikan potensi besar komuniti 4×4 sebagai pemacu inovasi, jaringan keusahawanan dan gaya hidup aktif rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar pertemuan bahkan ia adalah satu pergerakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

