
Treler jatuh ke dalam laut, usaha cari pemandu hilang diteruskan
KLANG – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas treler yang dipandunya terjunam ke dalam laut di dermaga Pelabuhan Barat, di sini hari ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, seramai empat pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pukul 12.42 tengah hari.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian melibatkan treler yang terjatuh ke dalam laut.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pelabuhan Klang.
“Seramai 16 anggota BBP Shah Alam dan Bomba Pelabuhan Barat bersama sebuah bot turut membantu operasi SAR tersebut,” katanya hari ini.
Jelas beliau, pihaknya turut mendapatkan bantuan anggota Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama dua buah bot.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Hafiz Abdul Salam akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24, Rabu ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






