BERITA SEMASALUAR NEGARA

Dua anggota bomba maut ditembak ketika padam kebakaran di Idaho

SAN FRANCISCO — Dua anggota bomba maut selepas ditembak individu tidak dikenali ketika bertugas memadam kebakaran hutan di kawasan pergunungan berhampiran Coeur d’Alene, Idaho, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Sheriff Daerah Kootenai, Robert Norris, insiden berlaku sekitar pukul 1.30 petang waktu tempatan (2030 GMT) ketika pasukan bomba sedang menjalankan operasi memadam kebakaran belukar yang tercetus di Gunung Canfield.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 30 minit sebelum diserang oleh lelaki bersenjata yang dipercayai bersembunyi di kawasan belukar. Ketika itu, suspek dipercayai telah melepaskan tembakan dari kawasan hutan berhampiran.

“Dua anggota terkorban, manakala jumlah yang cedera masih belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, keadaan di lokasi masih belum stabil kerana pihak berkuasa terus menerima tembakan dari pelbagai arah, menyebabkan operasi menyelamat dan kawalan kebakaran berdepan kesukaran.

“Ada kemungkinan masih terdapat orang awam yang terperangkap atau mengalami trauma di kawasan pergunungan tersebut.

“Situasi masih baharu dan belum dapat dikawal sepenuhnya,” ujarnya.

Beliau memaklumkan operasi memburu suspek dijalankan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan dijangka berlanjutan selama beberapa hari sekiranya keadaan tidak dikawal segera.

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat mengesahkan jumlah sebenar individu yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button