
TPM yakin KPN baharu akan terus perkasa PDRM sebagai institusi dipercayai
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjadi institusi yang dipercayai rakyat dan disegani di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail.
Dalam satu kenyataan rasmi, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Khalid atas pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Razarudin Husain yang menamatkan perkhidmatan baru-baru ini.
“Dengan pengalaman luas dalam kepimpinan termasuk peranan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta pelbagai jawatan strategik sejak 2018, saya yakin beliau akan membawa pendekatan menyeluruh dan progresif dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya.
Menurut beliau, Mohd. Khalid diyakini mampu meneruskan legasi kecemerlangan PDRM dalam memelihara ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepolisan.
“Saya percaya di bawah teraju beliau, PDRM akan terus dihormati kawan dan lawan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Razarudin atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang memimpin pasukan keselamatan negara.
“Khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai,” ujarnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |