
TPM mahu agenda pembangunan desa Malaysia jadi rujukan ASEAN
PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu agenda pembangunan desa Malaysia dijadikan contoh terbaik di peringkat serantau, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.
Menurut beliau, KKDW telah membuktikan keupayaan menerajui transformasi luar bandar menerusi pelbagai inisiatif termasuk pemerkasaan pendidikan TVET serta pembangunan ekonomi desa yang holistik.
“Jadikan platform seperti ASEAN Multi-stakeholder Dialogue on the ASEAN Master Plan on Rural Development dan ASEAN+3 Forum on Women and Digitalization sebagai medan untuk kita mengetengahkan amalan terbaik negara,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulan Julai KKDW hari ini.
Mengulas lanjut, pendekatan yang diambil kerajaan menerusi projek seperti Desa Kirana dan Agrotek Wilayah KETENGAH menunjukkan potensi besar Malaysia dalam mencorak pembangunan desa yang berimpak tinggi.
Katanya, Malaysia baru-baru ini turut diberi mandat menerajui penyelarasan akreditasi industri TVET peringkat ASEAN selepas penganjuran ASEAN TVET Council 4th Regional Policy Dialogue di Melaka.
Menurut Ahmad Zahid, KKDW akan terus memainkan peranan penting sebagai peneraju perubahan dasar luar bandar dan memastikan pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |