Berita SemasaDalam Negeri

Tok Mat terima notis kompaun, janji akan bayar

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Mohamad Hasan memaklumkan beliau telah menerima notis kompaun selepas tular gambar beliau merokok di sebuah kedai makan ketika pulang ke kawasannyadi Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Mohamad berkata, notis berkenaan dihantar oleh seorang pegawai Kesihatan Seremban ke pejabatnya di sini pagi tadi.

Dalam nada seloroh beliau berkata akan membayar denda tersebut dan berharap nilai kompaun yang dikenakan tidak terlalu tinggi

“Saya akan bayar dan harapnya tidaklah banyak.

“Sebenarnya saya tidak dapat balik ke Seremban kerana akan ke Bangkok esok, jadi pegawai itu datang menemui saya di sini.

“Saya terima notis kompaun tersebut dan ia akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk ditetapkan jumlah kompaun,” katanya.

Sehubungan itu juga, beliau memohon maaf di atas perbuatannya itu yang telah menimbulkan isu dan perhatian orang ramai.

Sebelum ini, tular sekeping gambar di media sosial yang memaparkan Mohamad atau Tok Mat sedang menghisap rokok bersama sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan.

Insiden itu telah mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad yang menegaskan bahawa tiada sesiapa pun yang melakukan kesalaha itu akan diberikan pengecualian tindakan.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awan, 2024) berkuat kuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa ‘Tiada siapa yg boleh mengatasi undang-undang,” balas Dzulkefly di aplikasi X.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button