SUKANBERITA SEMASA

TMJ zahir rasa sedih dengan kemenangan JDT

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedihnya atas kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 dengan keadaan yang berbeza.

“Sedih untuk menjulang piala dengan cara ini, tetapi rezeki tetap rezeki.

“Allah sebaik-baik perancang,” katanya dalam ruangan komen di laman media sosial.

Dalam pada itu, JDT meraih trofi pertama musim 2024/25 selepas lawan mereka dalam Perlawanan Piala Sumbangsih, Selangor, memilih untuk tidak hadir ke perlawanan yang dijadualkan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) kemarin.

Sementara itu, keputusan Selangor untuk tidak menghadiri perlawanan itu disebabkan oleh kebimbangan keselamatan berikutan serangan terhadap pemain sayap mereka, Faisal Halim, yang menjadi mangsa serangan asid oleh individu yang tidak dikenali di Petaling Jaya pada Ahad lepas.

Sehubungan itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan pembatalan aksi tersebut susulan keputusan Selangor untuk tidak menyertai perlawanan tersebut.

Susulan dengan itu, MFL mengumumkan skuad Harimau Selatan dianugerahkan tiga mata pertama bagi musim 2024/25 serta Piala Sumbangsih kepada JDT.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button