CYBERJAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat rayuan secepat mungkin berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan bola sepak itu beserta tujuh pemain warisan negara tanpa sebarang sebab.
Menerusi platform X, Tunku Mahkota Ismail turut hairan selepas FIFA dilihat menukar keputusan terbabit meskipun sudah meluluskan permohonan pemain terbabit sebelum ini.
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan,… pic.twitter.com/dNOATxZWyT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 27, 2025
“FAM sudah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?
“Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,” titah baginda dalam satu hantaran di paltform media sosial X.
Dalam hantaran sama, baginda turut berkongsi surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengesahkan semua pemain itu sudah menjalani dan mematuhi prosedur yang sah untuk menjadi warga negara Malaysia sekali gus layak mewakili Harimau Malaya.
“Lagi satu persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.
“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.
“Takkan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,” titah baginda.
Laporan media semalam menyebut, FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






