TMJ cadang jurulatih baharu dari Asia, Eropah, Amerika Latin
PUTRAJAYA – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan supaya skuad Harimau Malaya mengambil jurulatih baharu dari Asia, Eropah atau Amerika Latin.
Cadangan itu dikongsi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu hantaran di aplikasi X.
“Asia, Eropah mahupun Amerika Latin, Tunku Ismail cadang calon ‘fresh’ jurulatih baru Harimau Malaya dan dibawa dengan pasukan kejurulatihannya sendiri.” katanya dalam satu kenyataan di X, hari ini.
Mengikut rekod, kali terakhir skuad kebangsaaan menggunakan khidmat jurulatih dari Eropah adalah pada tahun 2017 iaitu Nelo Vinganda dari Portugal.
Sebelum ini, Kim Pan-gon telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad tersebut menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan alasan bagi keputusan yang dibuatnya itu.
Tegas beliau, perkara itu dianggap bahaya dan ia hanya diketahui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








