
TLDM umum senarai 10 terbunuh nahas helikopter bertembung di Lumut
CYBERJAYA – Pihak Tentera Laut Diraja Malaysai (TLDM) mengesahkan 10 kru dan penumpang helikopter AW139 HOM dan AS555 Fennec miliknya yang bertembung lalu terhempas di Lumut, Perak pagi tadi terbunuh dalam kejadian itu.
TLDM turut mengesahkan nama anggota-anggota yang terlibat seperti berikut:
Pesawat AW139 HOM (M503-3) – 4 orang kru, 3 penumpang:
1) Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 503,
2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM,
3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM,
4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun,
5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang),
6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (Penumpang),
7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).
Pesawat AS555 Fennec (M502-6) – 3 orang kru:
1) Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 502,
2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM,
3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
“Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut,” kata TLDM dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jasad kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






