
Tindakan tampar bukan Islam kerana tidak berpuasa bukan cerminan keindahan Islam
PUTRAJAYA – Tindakan individu yang menampar seorang pemuda bukan Islam kerana tidak berpuasa tidak mencerminkan keindahan Islam dan kemuliaan bulan Ramadan.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri, Datuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan itu perlu dihentikan kerana ia bertentangan dengan semangat perpaduan dan keharmonian negara.
“Apa gunanya kita bicara soal Islam serta keindahannya terutama di bulan Ramadan, sekiranya ia tidak membina kekuatan dalaman dan menjauhkan kita dari sikap yang bengis dan mengancam keamanan dan kerukunan.
“Isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan bangsa ini boleh dielakkan jika semua pihak patuh dan komited mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain bagi membina sebuah negara yang bertamadun,” katanya.
Tunku Nashrul berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Dalam insiden yang berlaku di sebuah kedai serbaneka dalam sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, baru-baru ini, seorang lelaki Cina mengadu ditampar warga emas dipercayai akibat makan di khalayak.
Berikutan kejadian, warga emas berkenaan Abdul Razak Ismail, 65, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dan mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan.
Bagaimanapun, mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, memaklumkan mendapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di sini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |