
Tindakan tamatkan subsidi telur wajar – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA – Stok penghasilkan telur ayam yang menunjukkan trend positif menjadi faktor kerajaan memutuskan untuk menamatkan pemberian subsidi berfasa bermula esok hingga 1 Ogos 2025.
Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau, konsep subsidi telur ayam diwujudkan pada waktu pandemik Covid-19 kerana terdapat masalah bekalan yang menjejaskan keperluan rakyat.
“Maka jemaah menteri berpandangan apa yang dicadangkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu adalah wajar.
“Ia bukan sahaja dari segi penjimatan dan subsidi, tetapi jumlah stok bekalan telur masa ini lebih daripada mencukupi.
“Namun semestinya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan KPKM akan terus memantau agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini melibatkan bekalan atau jualan telur di pasaran,” katanya.
Terdahulu, KPKM mengeluarkan kenyataan penamatan secara berfasa bagi subsidi telur ayam bermula esok.
Kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei ini sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |