
Tindakan pantas DBKL cegah banjir di ibu kota
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas dan tersusun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mengelakkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota berikutan hujan lebat semalam.
Antara lokasi yang terjejas termasuk Jalan Sultan (Petaling Street), susur Jalan Travers ke Jalan Damansara, Jalan Kuching dan Jalan Segambut berhampiran Masjid Ubudiah.
Tindakan pantas DBKL melalui kontraktor dilantik itu dilakukan melalui operasi pembersihan sampah sarap, daun kering, pasir dan kelodak yang turut dibantu pemantauan berterusan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV).
DBKL berkata, banjir kilat yang berpunca daripada takungan air yang tinggi di permukaan jalan dan sistem saliran yang mencapai kapasiti maksimum berjaya diatasi dalam masa 30 hinggga 40 minit.

“Sebanyak 100 petugas lapangan digerakkan untuk membantu melancarkan trafik serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya semasa kejadian.
“Sebagai langkah jangka panjang, DBKL turut merancang kerja menaiktaraf sistem longkang dan outlet air di kawasan yang dikenal pasti, di samping pelaksanaan kerja korekan kelodak secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, DBKL turut menjalankan siasatan bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca tambahan seperti aliran tanah atau lumpur dari kawasan berbukit.
“Keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa menjadi keutamaan kami.
“DBKL kini giat melaksanakan Program Mitigasi Banjir Jangka Sederhana sebagai usaha berterusan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang lebih selamat dan mampan,” menurut DBKL.

Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |