BERITA SEMASA

Tindakan pantas anggota polis selamatkan 2 beranak dari kebakaran

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas tiga anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju telah menyelamatkan seorang lelaki berserta anak perempuannya daripada kebakaran yang berlaku di sebuah unit di Sinaran Wangsa Residensi di sini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) di satu hantaran di Facebook berkata, tiga anggotanya Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad, dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan semalam kira-kira jam 4.30 petang.

“Dengan tindakan pantas, ketiga-tiga anggota polis tersebut memecah pintu hadapan unit yang terbakar dan berhasil membawa keluar kedua mangsa dalam keadaan selamat dan turut berjaya memadamkan api sebelum ia merebak ke kawasan lain,” katanya.

Sementara itu, PDRM turut merakamkan ucapan penghargaan terhadap kesemua anggota terlibat di atas keberanian yang ditunjukkan.

“Penghargaan setinggi-tinggi diberikan kepada anggota yang terlibat atas tindakan mereka yang berani itu membanggakan pasukan dan dedikasi mereka terhadap tanggungjawab sebagai anggota keselamatan awam. katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button