BERITA SEMASADALAM NEGERIINISIATIF KERAJAANMALAYSIA MADANI

Penguatkuasaan produk terlarang diperkukuh – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kerajaan memperkukuh penguatkuasaan terhadap penjualan produk terlarang menerusi platform dalam talian dan media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, akan diadakan dalam masa terdekat.

“Ini adalah untuk menyelaras tindakan terhadap penjualan produk terlarang di platform digital.

“Produk yang terlibat termasuk bahan yang diklasifikasikan sebagai dadah, narkotik serta cecair vape yang disalahgunakan bersama peranti elektronik, yang kini semakin mudah diakses oleh pengguna, khususnya golongan muda.

“Mesyuarat ini memberi fokus kepada mekanisme kawal selia dan tindakan bersepadu melibatkan agensi berkaitan bagi membanteras penjualan produk-produk larangan secara dalam talian yang semakin berleluasa,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, fokus utama adalah untuk memastikan tindakan tegas dikenakan ke atas penjual serta platform digital yang membenarkan urus niaga produk terlarang.

“Kerajaan memandang serius perkara ini terutamanya apabila bahan-bahan terlarang ini dipasarkan secara terbuka kepada pengguna, termasuk golongan muda,” tegasnya.

Fahmi berkata, hasil mesyuarat itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk pertimbangan lanjut sebelum tindakan susulan dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau turut menegaskan, Kementerian Komunikasi komited bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan platform digital tidak dijadikan ruang kegiatan haram, selari dengan tanggungjawab kawal selia kandungan dan keselamatan digital negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button