BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tindakan anggota polis bantu warga emas lintas jalan terima pujian netizen

KUALA LUMPUR – Tindakan anggota polis membantu seorang warga emas melintas jalan berdekatan pusat beli-belah Pavilion baru-baru ini mendapat pujian orang awam dan tular di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @elenaantohi, anggota terbabit dikenali sebagai Lans Koperal Nik Muhammad Nik Mat dari Bahagian Kawalan Keselamatan Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dalam rakaman tersebut, beliau dilihat turun dari motosikal lalu membantu seorang warga emas melintas jalan bersama seorang pemandu e-hailing yang turut menemani.

PDRM dalam satu hantaran di Facebook merakamkan ucapan terima kasih kepada @elenaantohi atas penghargaan dan sokongan yang diberikan melalui perkongsian video berkenaan.

“Terbaik dan terima kasih Lans Koperal Nik Muhammad Nik Mat,” tulis Zahriah Mohd Shariff.

Salute,” komen Acu Jay pula.

Setakat ini video tersebut telah menerima lebih 46,500 tontonan di Facebook PDRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button