
Tiga ditangkap cuba sembunyi air ketum dalam kereta
HULU SELANGOR – Tiga lelaki termasuk seorang warga asing gagal melarikan diri daripada pihak berkuasa apabila mereka berjaya diberkas dalam satu operasi di Batang Kali, Hulu Selangor, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 3 pagi oleh sepasukan anggota dari Cawangan MPV Daerah Hulu Selangor.
“Hasil rondaan dan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan mencurigakan di kawasan tersebut, pihak polis berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki bukan warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap suspek membawa kepada penemuan sebotol cecair yang disyaki air ketum yang disembunyikan dalam kenderaan mereka.
“Susulan penemuan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambahnya.
Kesemua suspek kini ditahan bagi siasatan lanjut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |