
BERITA SEMASA
Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga
KUALA TERENGGANU – Daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Besut mula dilanda banjir gelombang ketiga mengakibatkan 651 penduduk daripada 177 keluarga terpaksa dipindahkan ke 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sebanyak 11 PPS dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 412 mangsa daripada 111 keluarga.
“Di Besut, lima PPS menempatkan 228 orang daripada 61 keluarga manakala di Kemaman satu PPS dibuka menempatkan 11 mangsa daripada satu keluarga.
Sementara itu, laman web public InfoBanjir banjir menunjukkan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping (F1), Hulu Terengganu melepasi paras bahaya iaitu 20.92 meter berbanding 19.70 meter.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |