BERITA SEMASA

Tidak apa kalau Afdlin menolak, tetapi siasatan tetap dijalankan – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku termasuk dakwaan melibatkan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki berhubung perolehan projek penerbitan bahan kreatif di bawahnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, satu sisatan dalaman berkaitan dakwaan salah laku melibatkan perolehan projek penerbitan bahan kreatif bernilai RM4 juta dijangka selesai minggu depan.

Katanya, semua pihak, termasuk Afdlin, akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak atau menafikan tuduhan tersebut itu hak beliau. Tapi kita dari sudut tata kelola jabatan khususnya dan agensi kita kena jalankan yang sepatutnya.

“Siasatan sedang dijalankan saya. Menunggu hasilnya kalau tidak bersalah tidak ada masalah,” katanya.

Datuk Dr Zaliha Mustafa merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di Taman Botani, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perasmian Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di Taman Botani, di sini.

Datuk Dr Zaliha Mustafa merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di Taman Botani, di sini.

Dr Zaliha berkata, siasatan tersebut dijalankan oleh unit integriti DBKL.

“Tetapi jika yang terkait maka kita akan ambil kenyataan atau tindakan seterusnya. Sudah tentu saya sepanjang masa tidak ada kompromi dengan perkara-perkara berkaitan dengan salah laku tatakelola ini, itu memang yang sentiasa kita pegang,” jelas beliau.

Sebelum ini, DBKL dilaporkan melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang Ahli Pembaga Penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, turut mengesahkan bahawa siasatan tersebut sedang dijalankan dengan kerjasama unit integriti DBKL.

Dakwaan ini mula tular di media sosial sejak Jumaat lalu, melibatkan seorang Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Afdlin kemudian dalam kenyataan di media sosialnya menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.

Katanya, fitnah itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button