PMXBERITA SEMASA

Tiada sekatan SPRM siasat aduan rasuah di Sabah

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung dakwaan kes rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, kerajaan tegas memerangi rasuah biarpun ia membabitkan golongan kenamaan.

“Tetapi saya diberi maklum oleh pihak SPRM bahawa hal ini diteruskan, termasuk isu berbangkit terakhir ini mengenai Sabah. Itu yang dimaklumkan SPRM, siasatan diteruskan. ADUN berkaitan dipanggil.

“Namun, tidak benar sama sekali kalau ada dakwaan untuk mengekang dan menyekat. Begitu juga yang membabitkan orang-orang kenamaan yang lain kerana bagi saya seperti mana ditegaskan berulang kali negara tak mungkin selamat jika tidak dibanteras rasuah ke akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Setakat ini, SPRM sudah memanggil lima ADUN Sabah terbabit untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.

Siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button