BERITA SEMASA

Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat di Kazakhstan – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Tiada warga Malaysia terlibat dalam insiden tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243, yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar, yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti,” menurut Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan atau hubungi +7 (7172) 79 06 90, +7 (7172) 79 06 95, atau +7 777 079 0014, atau melalui e-mel ke mwastana@kln.gov.my.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh selepas sebuah jet penumpang Azerbaijan Airlines terhempas di barat Kazakhstan, semalam.

Pesawat Embraer 190 itu dilaporkan membawa 67 penumpang dari Baku menuju ke Grozny, Selatan Russia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button