BERITA SEMASA

Tiada peraturan komunikasi baharu melalui WhatsApp – Kementerian Komunikasi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks melalui aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial.

Menurutnya dalam satu kenyataan, maklumat yang tersebar itu adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak kementerian turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa kesahihan setiap maklumat yang diterima melalui portal-portal yang diiktiraf seperti Sebenarnya.my dan MyCheck Malaysia.

Dalam pada itu, penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Sebarang penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button