BERITA SEMASA

Tiada kes positif dikesan dalam kalangan pengembara China

CYBERJAYA – Tiada pengembara dari China yang dikesan positif Covid-19 sejak kemasukan mereka ke negara pada 8 Jan lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan rekod, sejumlah 28,705 pengembara dari China dilaporkan tiba di negara ini sejak 8 hingga 17 Jan, dengan hanya seorang daripada mereka dikesan mengalami demam semasa saringan.

“Bagaimanapun, ujian RTK-Ag yang dijalankan ke atas pengembara tersebut adalah negatif.

“Tiada pengembara dari China dikesan positif Covid-19 di pintu masuk antarabangsa negara setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berkenaan situasi di dalam negara, Dr. Zaliha berkata, kes harian Covid-19 kekal di bawah 500 kes.

Malah, Zaliha berkata, pelaporan kes harian Covid-19 juga kekal tiga digit, sejak 17 Dis lalu.

Beliau pada masa yang sama turut menasihatkan individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 supaya segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang menjelang musim sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Sementara itu, beliau berkata, berlaku peningkatan trend dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

“Berbanding 1 Jan, pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus atau 16,279,746 dos kepada 49.9 peratus iaitu sebanyak 16,292,524 dos.

“Dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus atau 733,668 dos berbanding 1.9 peratus atau 633,941 sebelum ini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button