BERITA SEMASA

Tiada kerusi, Sanusi tidak dijemput dari awal -Wisma Putra

PUTRAJAYA – Wisma Putra hari ini menjelaskan isu ketiadaan kerusi untuk Datuk Seri Sanusi Md Nor semasa mesyuarat bersama Perdana Menteri di Alor Setar baru-baru ini adalah kerana Menteri Besar Kedah itu tidak dijemput.

Bagaimanapun, Sanusi telah membuat keputusan untuk hadir ke mesyuarat pre -council lawatan ke Sadao, Thailand bersama Perdana Menteri.

“Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama YAB Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 November 2023 tidak menyebut tentang mesyuarat pre-council ini.

“YAB Menteri Besar Kedah juga tidak terlibat dalam lawatan ke Sadao, Thailand. Tetapi bagi memenuhi permintaan beliau di saat akhir YAB Perdana Menteri telah bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi YAB Perdana Menteri,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu menjelaskan jemputan tersebut dibuat melalui surat bertarikh 25 November kepada setiausaha sulit menteri besar Kedah itu.

“Kenyataan ini dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenarnya iaitu Kementerian Luar Negeri dan YAB Perdana Menteri telah memberikan pertimbangan khas kepada YAB Menteri Besar Kedah,” jelasnya.

Sanusi kelmarin membangkitkan perkara itu dan mendakwa seolah-olah ada ‘Little Napoleon’ yang cuba mengeruhkan hubungannya dengan Perdana Menteri.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button