Berita Semasa

Tiada cuti umum pada 31 Januari ini – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak memberikan cuti umum khas sempena pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada 31 Januari ini.

Malah beliau berkata, perkara itu juga tidak dibincangkan jemaah menteri minggu lalu.

“Malangnya hari ini tidak ada pengumuman sedemikian diputuskan jemaah menteri melainkan Perdana Menteri memikirkan ada kewajarannya.

“Untuk pengetahuan, mesyuarat Kabinet seterusnya adalah selepas majlis pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di media sosial yang menyatakan 31 Januari akan diumumkan cuti sempena pemasyhuran pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button