BERITA SEMASA

Tiada cadangan gubal akta khusus kawal selia penyedia platform media sosial

CYBERJAYA – Kerajaan tidak bercadang menggubal sebarang akta khusus bagi mengawal selia penyedia platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri belum pernah menerima cadangan sedemikian dari mana-mana pihak.

“Saya belum pernah dengar tentang akta regulasi platform ini dan waktu ini kementerian dan juga kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan akta kawal selia untuk platform media sosial,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu di Universiti Multimedia, di sini hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilaporkan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara Malaysia.

Dalam pada itu Fahmi berkata, SKMM masih memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan termasuk mengumpulkan beberapa perkara daripada pengalaman luar dan perbincangan suruhanjaya itu dengan penyedia platform media sosial sebelum ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button