Berita Semasa

Tiada arahan PM supaya menteri isytihar harta – Rafizi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan sebarang arahan suapaya menteri kabinet mengisytiharkan harta mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan termasuk di dalam mesyuarat kabinet.

“Setakat ini tidak ada,” katanya kepada media pada sidang akhbar selepas melancarkan platform data terbuka, OpenDOSM NextGen, di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat menteri lain yang diarahkan berbuat demikian oleh Anwar atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia di luar pengetahuannya.

“Saya tidak tahu,” kata Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada terdapat arahan pengisytiharan harta dikeluarkan terhadap menteri kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button