
Tiada apa hendak disorok, tunggu hasil siasatan – Izham Hashim
SUBANG JAYA – Kerajaan Negeri Selangor menegaskan tiada perkara yang disembunyikan berkaitan insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Ir Izham Hashim berkata, siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.
Beliau menjelaskan, siasatan insiden yang melibatkan pelbagai pihak dan memerlukan penyelidikan lanjut itu kini mengutamakan langkah-langkah keselamatan di kawasan terlibat.
Menurut Izham, walaupun siasatan masih berterusan, ia akan memakan masa dan semua pihak diminta bersabar menunggu keputusan mengenainya.
“Tiada apa yang perlu disembunyikan. Siasatan ini memerlukan masa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Izham turut menjelaskan bahawa projek tersebut telah mendapat kelulusan yang sah dan menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial yang mendakwa ia tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |