BERITA SEMASA

Tiada apa disorokkan, laporan dibuat penuh teliti bersumberkan fakta – MB Selangor

CYBERJAYA – Laporan kejadian kebakaran akibat kebocoran paip gas di Putra Heights dihasilkan dengan penuh teliti bersumberkan fakta daripada 212 saksi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketidak puasan hati segelintir pihak berkenaan laporan tersebut yang dibentangkan dua hari lepas, hanya berlandaskan persepsi.

“Tiada apa yang disorokkan, dan tidak ada sebarang putar belit. Laporan tersebut dibuat dengan penuh teliti, melibatkan pelbagai agensi.

“Terdapat 212 saksi dipanggil, termasuk Kerajaan Negeri sendiri, pemandu jengkaut hingga kepada pegawai PETRONAS.

“Jadi kepada pihak yang masih beranggapan laporan tersebut tidak dibuat secara telus, kita akan berhubung dengan mereka secara terus,” kata Amirudin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus hadir merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, di sini hari ini.

Laporan tersebut yang dibentangkan dua hari lepas, kini akan dikaji semula oleh satu jawatankuasa khas yang akan turut mencadangkan langkah susulan kepada Kerajaan Pusat.

Amirudin turut berkata, laporan tersebut akan didedahkan selepas mendapat kebenaran pihak yang berkenaan.

“Apabila didedahkan nanti, pihak yang masih tidak berpuas hati (dengan laporan itu) boleh semak.

“Dalam laporan itu nanti, di situ ada gambaran pihak yang bertanggung jawab,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button