Berita Semasa

Thaipusam: MCMC, penyedia telco pastikan perkhidmatan telekomunikasi tidak terganggu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bersama penyedia perkhidmatan utama akan memastikan perkhidmatan telekomunikasi berjalan lancar sepanjang sambutan Thaipusam tahun ini tanpa sebarang isu rangkaian.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, bagi memastikan ia berjalan lancar, MCMC bersama penyedia perkhidmatan utama telah menjalankan penilaian rangkaian menyeluruh di Batu Caves ini sejak 5 Februari lalu.

“Dengan jangkaan lebih 1.8 juta pengunjung ke sini, termasuk pelancong dari luar negara sempena Thaipusam tahun ini, kesalinghubungan yang stabil amat penting bagi membolehkan semua pihak kekal berhubung, sama ada untuk berkomunikasi dengan keluarga, berkongsi pengalaman tetapi juga bagi memastikan akses kepada maklumat penting sepanjang acara berlangsung.

“MCMC telah mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi berjalan lancar antaranya dengan memantau trafik rangkaian sepanjang tempoh sambutan bagi mengelakkan kesesakan capaian,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau buat julung kalinya, menyaksikan sendiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Pada masa sama beliau turut melawat ke tapak Stesen Pangkalan Mudah Alih (PBTS) yang dikendalikan oleh MCMC di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini.

Dalam pada itu katanya, kedua-dua pihak turut meningkatkan kapasiti rangkaian untuk menampung jumlah pengguna yang tinggi serta menempatkan tujuh PBTS dan dua Kenderaan Komunikasi Mudah Alih (MCV) di lokasi strategik sekitar Batu Caves.

“Langkah-langkah ini adalah bukti komitmen kerajaan Madani dalam memastikan rakyat mendapat kemudahan komunikasi yang terbaik.

“Dengan usaha ini, saya yakin Thaipusam tahun ini bukan sahaja meriah dengan kehadiran jutaan penganut Hindu dan pelawat, tetapi juga lancar dari segi kesalinghubungan talian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button