BERITA SEMASA

Thailand, Kemboja setuju Malaysia jadi ‘orang tengah’

KUALA LUMPUR – Thailand dan Kemboja bersetuju Malaysia memainkan peranan sebagai ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan konflik sempadan antara kedua-dua negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dijangka akan ke Malaysia, petang esok bagi membincang penyelesaian konflik berkenaan, lapor BERNAMA.

“Saya sempat berbincang dengan Menteri Luar Thailand dan Kemboja. Kedua-dua mereka menyatakan persetujuan bahawa tidak ada negara lain yang sepatutnya terlibat dalam isu ini.

“Mereka mempunyai keyakinan penuh terhadap Malaysia dan meminta saya menjadi mediator,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segambut, di sini hari ini.

Mohamad turut berkata, beliau sedang menunggu panggilan telefon daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio kerana mereka ingin mengetahui bagaimana negara tersebut boleh membantu.

“Namun, saya berpandangan bahawa lebih baik Malaysia menjadi mediator terlebih dahulu kerana ini urusan dalaman ASEAN, dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN harus memainkan peranan itu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button